Friday, October 25, 2013

tip bisnes

Sepanjang yang aku belajar dan nampak.

-Brang banyak, kedai cina barang dia selalu banyak. Nie menjadikan tarikan.
-Layanan. Dia berusaha untuk dapatkan barang yang kita nak. Baik dan humor.
-Kalau nabi, dia bagi murah dan barang lebih.
-Cepat dan efisien.  Lagi mudah bisnes dijalankan lagi ramai pelanggan
-Stok sentiasa ada.

Jadikan pendapatan bisnes sebulan jadi income  harian
contoh kalau dapat rm 900 sebulan, target akan datang rm 900  adalah income setiap hari masuk.

  1. Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas
  2. Jimat, jika tidak akan membazir modal
  3. Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari
  4. Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang
  5. Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan pergaduhan
  6. Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang
  7. Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esokKetujuh-tujuh ini juga merupakan peribahasa masyarakat Cina tentang perniagaan dan bisnes. Sekiranya kita meneliti ketujuh-tujuh aspek ini, dapat disimpulkan bahawa sikap menjadi kunci utama kejayaan mereka dalam perniagaan. Sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas kepada rahsia kejayaan mereka selama ini.

Sunday, June 9, 2013

AURAT

Sedih juga aku tengok baju-baju aku. Dulu aurat aku full. Terima kasih atas penyakit yang Allah berikah. Semua benda ada hikmah. Kemudian aku terikut-ikut. Tengok kawan pakai tight rasa cantik. Tengok orang berfesyen rasa cantik. Jadi aku beli jeans ketat. Baju pun ada yang ketat dan seksi. Bila aku fikirkan aku Istghfar. Tengok gambar lama aku yang pakai tudung labuh sejuk sahaja mata. Tengok dekat cermin pakai tudung labuh cantik saja. Pedulikan orang. Setiap orang cantik dengan sendiri. Biar aku cantik dengan sederhana.
Azam nak tutup aurat boleh bawa sembahyang. Doakan.

Thursday, June 6, 2013

Pelaburan

Aku ada baca satu blog, quote dari mana entah. Orang Melayu kita bila kerja. Tak nak melabur. Suka sangat beli kereta, barang yang tak penting sebagainya. Aku juga tengok video di mana pegangan tanah bagi bumipuera juga sangat sedikit berbanding dengan kaum lain. Di mana silapnya. Jadi aku bercadang hendak melabur ke dalam pelaburan hartanah. Beli tanah/ rumah. Kemudian buat sewa. Masalahnya ilmu pengetahuan pun macam ketiak jagung. Sangat sedikit berbanding dengan orang lain. Sedangkan kalau tiada ilmu bolh rugi.

Pelaburan emas paling senang. Tak payah ada peguam, prosedur dan sebagainya. Beli emas waktu murah. Jual waktu mahal. Yang pasti ada tips yang aku dapat: tak payah beli cantik/jenama. TENGOK PADA PADU DAN BERATNYA.

tO BE CONTINUED...

Yatim

Susah sebenarnya bila hidup menumpang. Aku ada pengalaman masa hujung tahun, aku mesti tinggal dengan nenek. Walaupun nenek, mak saudara tapi tetap rasa berjauhan . Kena marah dan rasa tak selesa untuk meminta pula. Adik beradik juga yang aku cari waktu itu. Aku juga jadi seorang pelindung. Aku juga sangat berharap masa cepat berlalu.

Baru-baru ini, nenek tinggal dengan aku. Moyang pun ada sekali. Mak ayah aku pergi umrah. Kebetulan sepupu aku berusia dua tahun datang. Dia anak yatim. Ayah dia pula kerja malam sebagai security guard. Jadi dia tinggal dengan nenek aku.

Mula-mulanya aku sangat tak suka pada dia. Rasa dia menyusahkan nenek sangat. Malah yang aku tahu dia juga sering kena marah dengan mak saudara aku yang lain. Kemudian aku sedar dia sebenarnya hampir sama dengan aku yang duduk dengan nenek masa aku kecil dulu. Tapi kalau dulu aku cuma duduk dua bulan jer. mak ayah pun  datang juga keja-kejap tengok aku dan adik-adik.

Tapi dia, mak dia memang dah tak datang. Yang buat aku sayu ialah dia sebenarnya tak bersalah. Dekat siapa lagi dia menumpang kasih kalau bukan nenek. Aku cuma terfikir kalau nenek dah tak ada dia nak menumpang siapa. Kalau dia dapat mak baru, adakah mak baru bagi kasih sayang sama dengan kita nie.

Jadi aku dan adik adik layan dia dengan baik jugak. Dia nak apa, kita bagi. Sekarang dia kurang berkepit dengan nenek. Kalau pergi jalan dengan kereta, dia ikut.  Tak menangis. Satu rahmat. Nenek boleh duduk berehat sekejap.

Berbalik kepada mak saudara aku yang marah tadi, aku faham siapa yang suka menyusahkan mak ayah dia. Mak saudara aku sebenarnya tak suka tengok mak dia susah.

Sebenarnya ini menjadi pengajaran aku, aku ingat lagi dulu aku nak hantar anak-anak aku suruh mak ayah aku jaga. Kononnya supaya lebih terdidik dan terjaga. Tapi bila kejadian ini berlaku jadi pengajaran pada aku. Biarlah kita hantar anak kita kepada nursery. Biar mak ayah kita berehat secukupnya. Sebab dia dah penat menjaga kita.

Monday, May 27, 2013

Usaha & Tawakal

Baca berita kat atas. Hati semua orang penuh berapi. Belajar 5 tahun setengah, akhirnya? Mak ayah pun meroyan juga, 5 tahun setengah akhirnya ? Namun Alhamdullilah, aku tak meroyan sedih apatah lagi kecewa. Permainan politik. Permainan dunia. Apatah lagi ini melibatkan rezeki. Kalau sudah ditakdirkan oleh Allah yang kita akan jadi cikgu, maka jadi cikgulah kita walaupun halangan yang mendatang beribu. Dan aku akan tetap bersyukur sekiranya aku tidak ditakdirkan untuk menjadi cikgu, sebab berada di maktab (IPG) banyak yang aku pelajari dan perolehi.

Dan aku tidak sedih mungkin sebab aku tidak minat dan beria untuk menjadi cikgu. Allah maha megetahui lagi maha penyayang. DIA tahu apa yang kita perlu lebih dari diri kita sendiri. Pernah ada orang kata, kadang kala kita sendiri tidak mengenali diri kita sendiri. Maka Allahlah yang lebih mengetahui. Aku serahkan kepada Allah. Aku juga berusaha ke arah  lain sekiranya aku tidak ditakdirkan menjadi seorang guru. Rezeki itu luas cuma yang aku pinta aku tidak berputus harap. Amin.

Bismillahirahmanirahim

Dengan lafaz bismilah, aku mulakan blog unfold stories . Blog dah banyak buat tapi kecundang. Buat delete, buat delete. Harap blog unfold stories nie akan kekal. Cerita mengenai pandangan, pengalaman dan impian aku. InsyaAllah aku akan teruskan usaha untuk membuat kebaikan. Amin